Diterbitkan pada 12:34 AM dalam Diari | No Comments » Tiada trackbacks/pingbacks.
Assalamualaikum, Sekarang ni sudah masuk alam peperiksaan, jadi disini, saya nak memohon maaf kepada semua kawan-kawan, pakcik-makcik, dan sesiapa yang menjenguk blog ini, doakan kejayaan saya.
Saya tahu, ramai yang masuk ke blog ini tanpa meninggalkan sebarang jejak, sekarang ni mungkin blog ini masih kosong, mungkin sedikit hari lagi akan ada benda baru. Tapi statistik blog ini menunjukkan kunjungan yang agak ramai, lebih dari yang sebelum ini
Terima Kasih. Saya juga jarang berkeliaran dalam dunia internet sejak kebelakangan ini. Ada alasan kukuh. Abaikan saja.
Selepas ini juga, InsyaAllah, saya akan mengemaskini dan menaik taraf blog ini, terutama dari segi SEO. Presentation dan Constructure. Thank Bat! Dan sekarang, blog ini boleh dilayari melalui gadget mobile anda.
p/s : Salam Imtihan buat semua pelajar-pelajar seluruh dunia yang akan menghadapi peperiksaan.
Diterbitkan pada 4:35 PM dalam Diari | 1 Comment » Ada 1 trackback/pingback.
Masih mencuba,
apa benar masih mencuba walaupun sudah bertahun menulis blog. Itulah teknologi, akan semakin berkembang. Diri ini pula semakin kurang mengikuti perkembangan terkini. Done.
Diterbitkan pada 4:42 AM dalam Arynetwork | 2 Comments » Ada 2 trackbacks/pingbacks.
Mungkin boleh menjimatkan masa jika saya buat begini. Itu untuk kegunaan saya. Memudahkan saya mengikuti perkembangan terkini dunia tanpa melebihi had untuk sehari begitu murah dan boleh menggunakan dimana-mana sahaja selagi ada jaringan.
Jika anda mahu saya membaca tajuk menarik blog anda, sila hubungi. Sekurangnya dapat juga menjimatkan masa saya dan menambah masa untuk mengulangkaji pelajaran. Masih belajar.
Diterbitkan pada 3:29 AM dalam Diari | No Comments » Tiada trackbacks/pingbacks.
Saya kembali lagi. Kali ini dengan dengan menggunakan enjin baru 2.5 dan cat luaran tulus, serta sedikit jampi yang diajar oleh cikgu lama. Namun diri masih kurang memahami.
Database lama tahun lepas masih disimpan, namum tidak mampu untuk digunakan semula atas alasan penulisan lebih kepada main-main yang sering ditegur oleh syarikat-syarikat besar, abaikan.
Kali ini mungkin akan lebih menumpukan kepada bidang yang mampu bagi saya. Renunglah kata-kata ini :
Kesabaran adalah kunci untuk melepaskan diri daripada kedukaan dan kesusahan.